Tuesday, August 4, 2009

Bagi yang sedang sangsi sesama pasangan anda

Puisi ini berjudul

Curagu...
ia adalah gabungan curiga dan ragu di mana dua2 adalah permainan Syaitan belaka
Ada kalanya di dalam sesuatu hubungan
Kita akan sangsi akan pasangan kita, kepercayaan terhadap masing2 mula kurang dan sebagainya

Dengan itu hamba berharap usah lah bersikap prasangka terhadap pasangan anda kerana apa pun yang telah berlaku mahupun yang masih berlaku masih bisa teratasi jika kita tahu berkompromi
Berkerjasamalah dengan pasangan anda
Beri perangsang terhadap sesama insan
Kata2 semudah "terima kasih dan apa khabar" bisa menyelesaikan masalah yang kecil
Jangan biarkan masalah kecil seperti "hmm..mana agaknya dia nak pergi ni..pasangan aku ni baik/cantik/murah hati..nanti dia mengorat atau orang lain cuba mengorat dia mcm mana"
runtuhkan kesetiaan yang telah anda berdua bina
Selamat berjaya ya!

Curagu...
V1
Ketautan tujuh ranting2 kehidupan
Bagai singkatkan masa untuk bersama
Khabarmu hanya terjawab dengan suara
Aku menunggumu
Teganya aku
Aku curiga

Ch
Sekira cinta itu warna
Apakah aku pelangimu
Sekira cinta itu cahaya
Apakah engkau suriaku
Ku mengerti bukannya hati berenggan
Maka sunyi kita ditemani
insan-insan yang lain

V2
Pernah kudikaburi masa silamku
kau genggami jua kelam luka ini
Sayangku mengapa sunyimu berganti
Aku merindumu
Resahnya aku
Aku ragu

Bridge
Semoga mereka hanya teman2 memori
Kerana cinta adalah kebersamaan dua suara
Bila janji sedia
(sedialah terpateri)
Ouh Tuhan
hapuskanlah jurang
titikkanlah perang curagu hati

No comments:

Post a Comment