Tangisan kesyukuran...
Meski teman2 yang tertanya tanya
mengapa ku diam sahaja
Aku masih berduka
Enggan dikau melihat ku begini
Ku akur kelemahan diriku
Namun aku harus berubah
Aku hanyalah seorang wanita
Yang mentah yang muda
Namun abang angkatku
Mengajarku erti perubahan
beliau pernah dipenjarakan
beliau turut menceritakan
perih pahitnya perpisahan
apa yang ku pelajari
jika melakukan sesuatu
usah ku terus berlari
Meski gentar untuk mencuba semula
ku harus bersemuka dengannya
bukan dikau yang ku maksudkan
tetapi diriku sendiri
cabaran utama untukku
adalah melawan kemahuan
mengapa dikau sukar mengerti
ku malu akan masa silamku
andai dikau benar melihat
ku sedang pencilkan diriku
ku enggan mengulangi kegelapan yang sama
apakah itu sukar ditafsirkan oleh bahasa
aku hanya mampu menangis terakhir kali
bapaku mengajarku tuk sentiasa bersyukur
meski ditimpa sesuatu
itulah yang membuat kita semua belajar dari kesilapan
tiada apa yang ku bisa banggakan
aku bukan sesiapa
masih belajar masih mengenal sesebuah erti
mengapa dikau sukar fahami???
Mungkin dikau tersalah faham
bukan hidupku yang ku harap dikau mengerti
tetapi mengapa kita sudah jadi begini
seringkali aku sembunyikan kisah silamku dengan syair dan nyanyian
kerana itulah yang membuatku menutupi jerit suara hati
muzik telah membuatku alpa tentang diriku sendiri
muzik itu bukanlah salah
ia sekadar penawar duka dan lara
tetapi jika terlalu taksub
ia akan membuat kita kekhusyukan tanpa arah
maka itulah apa yang ku cuba sampaikan
ialah sama2 mencari perdamaian dan ketenangan
haiz
jika dikau merasa aku bersalah
iya memang
tetapi
aku sedang belajar mengawal amarahku
dengan meyatukan puisi2 yang pernah kutulis
dan lagu2 yang pernah membuat teman2 gembira
apa kau lebih suka kumenjerit2?
muzik dan puisi sebenarnya mengajarku untuk mencari
dasar diriku
iaitu puncaku jadi begini
aku sedang bahagia di dalam tangisan kesyukuran ini
salahku aku berkongsi?
Aduh mengapa rumit sekali
bangga apanya???
kekalahan ku?
belum kucapai lagi kejayaan
makanya ku masih mencari jawapan
makanya ku sandarkan kata2 pada orang yang lebih tahu
mak
bapa
teman baik
dan sebagainya
bukankah kita harus saling memperbetulkan di antara satu sama lain
mundur mungkin tidak bersama
maju yang untung kita jua
Selamat malam semua...
Maa'ssalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment