Tuesday, August 4, 2009

Mulanya lembaran baru di dalam kehidupan

Assalamu'alaikum

Tujuan hamba menulis ini ialah dengan harapan jika teman-teman hamba di luar sana terasa sunyi, dihimpit masalah atau dibelenggu dosa2 yang silam tahu bahawa di dalam dunia tiada orang yang harus melalui sesuatu perkara dengan keresahan tanpa bantuan.

Punca segala penyakit ialah hati kita.Dari hatilah datang sifat cemburu,dendam dan sebagainya.Maka apabila hati sudah mula dikaburi bisikan Syaitan, apa yang dilakukan/dibicarakan selalunya berdasarkan nafsu bukan ilmu.

Oleh demikian, harap maklum bahawa hamba ini sekadar debu yang masih mencari lagi.Di dalam blog ini hamba akan hamparkan puisi2 yang pernah hamba tulis sepanjang hayat hamba semoga ianya dapat mengubat hati yang pilu, resah mahupun mereka yang pernah merasai kekerasan di dalam persahabatan, persaudaraan mahupun rumahtangga.

Hamba percaya jalan yang terbaik untuk menyelesaikan suatu masalah bukanlah dengan pukul bantai mahupun tengking-menengking.Apatah lagi hinaan.

Kita harus selami ke dasar masalah tersebut.

Kepada mereka yang ingin memberi komentar mahupun saranan dipersilakan.Juga jika anda berpendapat di dalam penulisan saya ini salah mahupun menyanggah dari segi undang2 duniawi mahupun ukhrawi, semoga anda dapat menegur saya dan memperbetulkan saya.

Sama2lah kita mencari keampunan dan keredhaan-Nya.

Insya-Allah

usaha+tawakal=kejayaan

Marilah mulakan hidup baru
Hati kita ibarat kain putih
Sebelum baligh
Ibubapalah yang memainkan peranan mencoraknya
Sesudah baligh
Kitalah yang harus mencoraknya sendiri
Janganlah teman2 mudah putus asa
bangunlah dari kejatuhanmu
teruskan tanggungjawab dan perjuanganmu
Syukran
WaAllahua'lamu Bisshowaab.

No comments:

Post a Comment